Wednesday, March 10, 2010

SAKIT PINGGANG: Dugaan Pertama aku

Berteraskan tajuk entri aku kali ini, jelas lagi terang akan maksud huraiannya nanti. Bulan Mac 2010 ini, aku melalui satu kejadian yang memerlukan kekuatan minda. Aku mengalami ujian daripadaNya. Sakit Pinggang!

Aku mula membuat perkaitan antara alam nyata dan alam di balik sana. Di alam nyata, sakit pinggang ini berpunca daripada sikap aku yang duduk di atas kerusi berjam-jam lamanya untuk mengadap laptop bagi menyelesaikan tugasku sebagai student tua. 

Perkaitan antara di sebalik sana pula, berkemungkinan aku mengalami ujian terhadap penerokaan alam. Itu pandangan aku. Pandangan orang lain, aku tidak pasti. Mungkin juga kifarah untuk aku terhadap segala onak dan duri kehidupan yang aku lalui sebelum ini. Juga kemungkinannya. Makanya, segalanya berkemungkinan.

Aku terpaksa membeli tali pinggang magnetik untuk diletakkan pada pinggang aku sebagai menampung kekuatan pinggang apabila duduk atas kerusi. Aku juga membuat pemeriksaan x-ray di hospital. Tiada jelas pada hasil x-ray yang menjadi punca terhadap kesakitan pinggang ini. Aku bingung. Merata-rata tempat urutan, telah aku pergi. Itu adalah proses di alam nyata. 

Akhirnya aku memulakan ubati secara perubatan alternatif. Aku search di internet. Aku menjumpai sebuah laman blog. Aku hubungi empunya blog itu untuk aku ketahui apa yang berlaku pada diri aku. Aku buat temu janji.

Aku menemuinya di Kuala Selangor. Beberapa penjelasan yang diberikan membingungkan aku. Aku kurang mengerti. Aku simpan dalam kotak memori aku untuk kegunaan akan datang. Mungkin!.

Dalam beberapa minggu ini, aku menjumpai seorang ustaz yang menjalankan rawatan Islam. Aku menemuinya bersama isteriku. Rawatannya memerlukan rukyah diperingkat awal. Mata aku masih terbuka dan masih boleh berbual. Isteriku merakamkan pergerakan anggota tubuh badanku. Aku sekadar meringankan tangan. Bergerak dan merawang seperti bersilat. Wallhualam. Aku membuat koleksi simpanan video rakaman pergerakan tangan aku itu. Itulah tanda aku memulakan penerokaan demi penerokaan.

Akhirnya, aku mula meneroka kemampuan diri. Aku menjemput PH untuk membuat senaman pinggang dan mengurut pinggang aku secara khayalan. Aku tunjukkan jalan keluar angin melalui tangan. Badanku mengeliat dari pinggang ke arah bahu dan bergerak ke arah tangan ku. Aku sendawa apabila merasakan seperti angin keluar melalui tanganku. Berulang-kali aku cuba kaedah itu. Alhamdulillah, Allah perkenankan permohonan aku. Sakit pinggang beransur pulih.

Di samping itu, aku juga meneruskan penerokaan merungkai warisan, merentasi sempadan berkaitan tokoh Kedah. Pelbagai halangan yang aku tempuhi. Dalam tempoh itu juga aku melalui pelbagai sakit lain di tubuh badan aku. Termasuk juga 3 orang anak aku.