Friday, December 10, 2010

SS : Membawa ahli keluarganya


Hari ini sewaktu dalam perjalanan ke masjid untuk sembahyang Jumaat, aku dan rakanku berbual. Rakanku itu aku gelarkan sebagai SS sahaja. Timbul rasa kasihan kerana beliau berpisah dengan isteri dan anak-anaknya kerana mengikuti aku yang menghampiri 7 bulan lamanya. Oleh itu aku berbincang dengannya dan beliau bersetuju untuk membawa keluarganya berpindah berhampiran dengan aku. Mungkin sudah tiba masanya. Mugkin juga ahli keluarganya dapat berkenalan dengan kelaurga aku. Aku berpesan kepadanya bahawa selepas solat Jumaat di masjid, aku benarkan beliau membawa ahli keluarganya untuk datang tinggal hampir denganku.

Aku baru berbual dengan dengan SS. Beliau telah membawa ahli keluarganya. Isterinya bernama Siti Sarimah. Anak mereka 7 orang iaitu 6 orang lelaki dan seorang perempuan. Yang bersamanya masih ada 3 orang sahaja iaitu 1 org perempuan dan 2 orang lelaki. 4 orang anak lelakinya yang lain telah berumahtangga dan kini menetap di Tanah Arab (Mekah). 3 orang daripada anak SS telah menemui PH di musim haji baru-baru ini. Alhamdulillah.

Makanya, ramai kenalan aku telah berada di sekitar aku. Aku mengharapkan mereka tidak lagi berjauhan bersama ahli keluarga mereka hanya kerana mengikut ke mana sahaja aku bergerak.

Wednesday, March 10, 2010

SAKIT PINGGANG: Dugaan Pertama aku

Berteraskan tajuk entri aku kali ini, jelas lagi terang akan maksud huraiannya nanti. Bulan Mac 2010 ini, aku melalui satu kejadian yang memerlukan kekuatan minda. Aku mengalami ujian daripadaNya. Sakit Pinggang!

Aku mula membuat perkaitan antara alam nyata dan alam di balik sana. Di alam nyata, sakit pinggang ini berpunca daripada sikap aku yang duduk di atas kerusi berjam-jam lamanya untuk mengadap laptop bagi menyelesaikan tugasku sebagai student tua. 

Perkaitan antara di sebalik sana pula, berkemungkinan aku mengalami ujian terhadap penerokaan alam. Itu pandangan aku. Pandangan orang lain, aku tidak pasti. Mungkin juga kifarah untuk aku terhadap segala onak dan duri kehidupan yang aku lalui sebelum ini. Juga kemungkinannya. Makanya, segalanya berkemungkinan.

Aku terpaksa membeli tali pinggang magnetik untuk diletakkan pada pinggang aku sebagai menampung kekuatan pinggang apabila duduk atas kerusi. Aku juga membuat pemeriksaan x-ray di hospital. Tiada jelas pada hasil x-ray yang menjadi punca terhadap kesakitan pinggang ini. Aku bingung. Merata-rata tempat urutan, telah aku pergi. Itu adalah proses di alam nyata. 

Akhirnya aku memulakan ubati secara perubatan alternatif. Aku search di internet. Aku menjumpai sebuah laman blog. Aku hubungi empunya blog itu untuk aku ketahui apa yang berlaku pada diri aku. Aku buat temu janji.

Aku menemuinya di Kuala Selangor. Beberapa penjelasan yang diberikan membingungkan aku. Aku kurang mengerti. Aku simpan dalam kotak memori aku untuk kegunaan akan datang. Mungkin!.

Dalam beberapa minggu ini, aku menjumpai seorang ustaz yang menjalankan rawatan Islam. Aku menemuinya bersama isteriku. Rawatannya memerlukan rukyah diperingkat awal. Mata aku masih terbuka dan masih boleh berbual. Isteriku merakamkan pergerakan anggota tubuh badanku. Aku sekadar meringankan tangan. Bergerak dan merawang seperti bersilat. Wallhualam. Aku membuat koleksi simpanan video rakaman pergerakan tangan aku itu. Itulah tanda aku memulakan penerokaan demi penerokaan.

Akhirnya, aku mula meneroka kemampuan diri. Aku menjemput PH untuk membuat senaman pinggang dan mengurut pinggang aku secara khayalan. Aku tunjukkan jalan keluar angin melalui tangan. Badanku mengeliat dari pinggang ke arah bahu dan bergerak ke arah tangan ku. Aku sendawa apabila merasakan seperti angin keluar melalui tanganku. Berulang-kali aku cuba kaedah itu. Alhamdulillah, Allah perkenankan permohonan aku. Sakit pinggang beransur pulih.

Di samping itu, aku juga meneruskan penerokaan merungkai warisan, merentasi sempadan berkaitan tokoh Kedah. Pelbagai halangan yang aku tempuhi. Dalam tempoh itu juga aku melalui pelbagai sakit lain di tubuh badan aku. Termasuk juga 3 orang anak aku.

Sunday, February 14, 2010

PH : Memulakan penerokaan diri

Selepas seminggu kedua anak dara itu pulang ke kampung mereka, aku cuba menghubungi mereka semula. Aku teringin untuk berbual dengan bapa Siti Khadijah. PH namanya. Apabila tiba waktu malam, aku masih teringatkan PH. Tiba-tiba aku terasa meremang seluruh badan. Meremang ini, mungkin proses awal untuk mengenali kehadiran mereka. 

Beberapa persoalan telah aku teroka. PH memiliki sebuah keluarga besar. Memiliki seorang isteri di sebuah kampung di kawasan pergunungan dalam daerah Manjung, Perak. Beliau masih ada 2 orang anak dara iaitu Siti Khadijah dan Siti Shamsinar. Beliau kerap ke Tanah Jawa. Persoalan ini belum aku teroka.

Beliau memiliki rangkaian kenalan di serata dunia mereka khususnya di kawasan nusantara. Aku belum mampu meneroka dalam perbagai persoalan kecil. Itu kelemahan aku.

Monday, February 1, 2010

BERBUAL : Angguk dan geleng

Salam Sejahtera,

Hari ini aku menemui abang aku di Kuala Lumpur. Kami bermalam di hotel. Kami berbual dan bermesra kedua beradik. Banyak yang dibualkan termasuk alam sebalik sana. Banyak yang aku tanya, banyak juga yang dijawab olehnya. Kami tidak tidur malam itu.

Selepas subuh, kami dua beradik bersarapan di warung berhampiran dengan hotel. Selepas bersarapan kami berbual di bawah pokok berhadapan dengan hotel. Ketika itu lebih kurang jam 8.30 pagi. Kami masih lagi berbual berkaitan alam balik sana. Akhirnya aku bermulut 'capoi'.

"Kalau la depa boleh mai sini, kut-kut boleh bergambar bawah pokok ini", kata aku sambil berseloroh.
"Ya, boleh. Dua hari depa akan ikut hang balik rumah. Pandai-pandai hang la berbual dengan depa nanti", kata abang aku.

Ketika itu meremang bulu roma aku. 'Depa', bermaksud ramai. Bukan sorang ni.. Aduyaii. Jam hampir 10 pagi. Aku bergegas menghantar abang aku ke KL Central.

"Depa ikut hang tau. Dua hari depa ikut balik. Pandai-pandai la hang berbual nanti", pesan abang aku sewaktu dia keluar daripada kereta. Aku meremang lagi. Adakah itu tandanya mereka berhampiran dengan aku atau aku sememangnya jenis penakut. Aku harung....

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku cuba berbual. Aku memulakan dengan mengucap dua kalimah shahadah, selawat dan istighfar. Kemudian, aku yakinkan diri untuk berbual sambil memandu. Perbualan hanyalah dalam hati sahaja. Tiada suara yang kedengaran. Mereka hanya mampu menjawab 'ya' untuk pengesahan dan 'tidak' untuk menidakkan persoalan. Aku meletakkan syarat untuk 'ya' harus memberi respon dengan mengangguk dan 'tidak' dengan menggeleng. Makanya, berlakulah proses angguk dan geleng.

Beberapa persoalan dikemukakan untuk mengenali mereka. Beberepa persoalan terjawab. 'Mereka' yang mengikuti aku hanyalah 2 orang sahaja. Kedua-duanya adalah anak dara. Siti Khadijah dan Siti Aishah. Mereka berdua tinggal sekampung dan berjiran sejak kecil lagi. Mereka adalah kawan rapat. Sejak dahulu mereka berdua akan ke mana sahaja bersama-sama.

Sepanjang 2 hari berada di rumah aku, beberapa persoalan lain telah aku kemukakan. Bapa Siti Khadijah adalah seorang berpangkat di kamung mereka. PH adalah gelarannya. PH memiliki rangkaian kenalan di serata dunia mereka. Setakat ini PH menjaga kampung mereka dan kerap kali ke tanah jajahan luar kawasannya untuk menemui sahabat-sahabatnya yang lain.

Setakat ini, aku belum mahir sepenuhnya dalam proses berbual. Isteri aku telah dimaklumkan akan hal ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam tingkahlaku aku. Biar isteri dan anak-anak aku memahami akan proses ini. Walaupun isteriku kurang berminat akan hal alam di baik sana, tetapi dia tidak menghalang untuk aku melakukan penerokaan akan hal itu. Terima kasih.

Selepas 2 hari berlalu, kedua-dua anak dara itu pulang ke kampung mereka dan berkirim salam pada ibu bapa mereka dengan ucapan selamat berkenalan.

Bermula hal inilah, penerokaan aku berkiatan alam salam semakin mendalam. Proses perubahan dalam diri aku juga semakin bergelora. Pelbagai dugaan dan rintangan yang bakal aku tempuhi. Aku masih belum mengerti perkaitan antara alam sini dan alam balik sana. Aku akan cuba memahami perkaitan setiap tingkahlaku kita di alam nyata ada perkaitan dengan 'rakan' yang menghampiri diri kita dalam emmpengaruhi tingkahlaku kita. Itulah perkaitan awal yang boleh aku nyatakan. Insyallah, bermula kisah inilah penerokaan demi penerokaan akan menampakkan sesuatu aku sendiri kurang jelas.

Friday, January 1, 2010

Blog : Memulakan penerokaaan diri

Hari ini aku memulakan blog berkaitan dunia khayalanku. Malahan aku juga telah berbincang dengan rakanku berkaitan pembikinan blog ini. Ini bertujuan untuk memaparkan sedikit cerita khayalanku agar sesiapa yang mengalaminya akan memahami akan dunia khayalanku.

Sebenarnya, walaupun agak lewat aku membina blog berkaitan dunia khayalanku, aku akan cuba memasukkan entri proses mula aku mengenali dunia khayalan. Satu persatu peristiwa yang aku alami akan aku catatkan dalam blog dunia khayalanku ini. Insyallah, aku akan bersikap tekal dalam meneruskan coretan dalam dunia khayalanku.

Permulaan Januari 2010 ini adalah mulanya aku meneroka salasilah keturunan tokoh Kedah yang bukan calang-calang hebat di zaman kehidupannya. Aku adalah generasi ke 3 bagi tokoh tersebut. Memulakan penerokaan itu berasaskan cerita lisan arwah emak dan juga saudara-mara terhampir. Bukti nyata harus dicarigali agar ada pencerahan terhadap cerita lisan yang bermain di bibir generasi terdahulu. Berasaskan penerokaan merungkai warisan, merentasi sempadan adalah langkah mula untuk aku memasuki dunia khayalanku.