Monday, February 1, 2010

BERBUAL : Angguk dan geleng

Salam Sejahtera,

Hari ini aku menemui abang aku di Kuala Lumpur. Kami bermalam di hotel. Kami berbual dan bermesra kedua beradik. Banyak yang dibualkan termasuk alam sebalik sana. Banyak yang aku tanya, banyak juga yang dijawab olehnya. Kami tidak tidur malam itu.

Selepas subuh, kami dua beradik bersarapan di warung berhampiran dengan hotel. Selepas bersarapan kami berbual di bawah pokok berhadapan dengan hotel. Ketika itu lebih kurang jam 8.30 pagi. Kami masih lagi berbual berkaitan alam balik sana. Akhirnya aku bermulut 'capoi'.

"Kalau la depa boleh mai sini, kut-kut boleh bergambar bawah pokok ini", kata aku sambil berseloroh.
"Ya, boleh. Dua hari depa akan ikut hang balik rumah. Pandai-pandai hang la berbual dengan depa nanti", kata abang aku.

Ketika itu meremang bulu roma aku. 'Depa', bermaksud ramai. Bukan sorang ni.. Aduyaii. Jam hampir 10 pagi. Aku bergegas menghantar abang aku ke KL Central.

"Depa ikut hang tau. Dua hari depa ikut balik. Pandai-pandai la hang berbual nanti", pesan abang aku sewaktu dia keluar daripada kereta. Aku meremang lagi. Adakah itu tandanya mereka berhampiran dengan aku atau aku sememangnya jenis penakut. Aku harung....

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku cuba berbual. Aku memulakan dengan mengucap dua kalimah shahadah, selawat dan istighfar. Kemudian, aku yakinkan diri untuk berbual sambil memandu. Perbualan hanyalah dalam hati sahaja. Tiada suara yang kedengaran. Mereka hanya mampu menjawab 'ya' untuk pengesahan dan 'tidak' untuk menidakkan persoalan. Aku meletakkan syarat untuk 'ya' harus memberi respon dengan mengangguk dan 'tidak' dengan menggeleng. Makanya, berlakulah proses angguk dan geleng.

Beberapa persoalan dikemukakan untuk mengenali mereka. Beberepa persoalan terjawab. 'Mereka' yang mengikuti aku hanyalah 2 orang sahaja. Kedua-duanya adalah anak dara. Siti Khadijah dan Siti Aishah. Mereka berdua tinggal sekampung dan berjiran sejak kecil lagi. Mereka adalah kawan rapat. Sejak dahulu mereka berdua akan ke mana sahaja bersama-sama.

Sepanjang 2 hari berada di rumah aku, beberapa persoalan lain telah aku kemukakan. Bapa Siti Khadijah adalah seorang berpangkat di kamung mereka. PH adalah gelarannya. PH memiliki rangkaian kenalan di serata dunia mereka. Setakat ini PH menjaga kampung mereka dan kerap kali ke tanah jajahan luar kawasannya untuk menemui sahabat-sahabatnya yang lain.

Setakat ini, aku belum mahir sepenuhnya dalam proses berbual. Isteri aku telah dimaklumkan akan hal ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam tingkahlaku aku. Biar isteri dan anak-anak aku memahami akan proses ini. Walaupun isteriku kurang berminat akan hal alam di baik sana, tetapi dia tidak menghalang untuk aku melakukan penerokaan akan hal itu. Terima kasih.

Selepas 2 hari berlalu, kedua-dua anak dara itu pulang ke kampung mereka dan berkirim salam pada ibu bapa mereka dengan ucapan selamat berkenalan.

Bermula hal inilah, penerokaan aku berkiatan alam salam semakin mendalam. Proses perubahan dalam diri aku juga semakin bergelora. Pelbagai dugaan dan rintangan yang bakal aku tempuhi. Aku masih belum mengerti perkaitan antara alam sini dan alam balik sana. Aku akan cuba memahami perkaitan setiap tingkahlaku kita di alam nyata ada perkaitan dengan 'rakan' yang menghampiri diri kita dalam emmpengaruhi tingkahlaku kita. Itulah perkaitan awal yang boleh aku nyatakan. Insyallah, bermula kisah inilah penerokaan demi penerokaan akan menampakkan sesuatu aku sendiri kurang jelas.

No comments:

Post a Comment